Falsafah Sekolah
Berusaha mewujudkan suasana persekolahan yang terancang dan sempurna supaya pendidikan dapat memperkembangkan potensi pelajar-pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang sempurna.
Wawasan SMSD
Wawasan Sekolah Menengah Sains Dungun ialah untuk menuju ke arah menjadikan sekolah ini sebagai:-
Pusat Pembangunan manusia Cemerlang
Sumber Penyuburan Nilai-Nilai Murni Bangsa
Arena Penyuburan Watak Manusia Penyayang
Rangka Penghayatan Semangat Cintakan Negara
Misi SMSD
Bahawa sesungguhnya Misi SMSD ialah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan dan mengendalikan program pendidikan. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang cemerlangan, mulia dan berkualiti tinggi dalam ilmu pengetahuan agar mereka menjadi insan yang kreatif, inovatif dan proaktif dalam menangani cabaran-cabaran Wawasan 2020.
Piagam Pelanggan SMSD
Bahawasanya kami warga SMSD dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi:-
Mengiktiraf hak-hak pelanggan:
Kecemerlangan Ilmu
Kemapanan Sahsiah
Kesejagatan Kepimpinan
Kejituan Patriotisme
